Perbincangan Kolaborasi FBKT, UMK dan Plastic and Rubber Institute Malaysia

Hari ini telah diadakan perbincangan bersama di antara Fakulti Biokejuruteraan dan TeknologiUniversiti Malaysia Kelantan (Rasmi) dan The Plastic and Rubber Institute Malaysia (PRIM) secara atas talian bagi meneroka bidang kerjasama yang bakal memberikan manfaat kepada graduan FBKT. Tidak ketinggalan turut dibincangkan berkaitan kerjasama penyelidikan dan konsultansi yang melibatkan kedua - dua belah pihak.

Perbincangan 2 hala ini diketuai oleh TDPI FBKT, Prof Madya Ts Dr Sarizam Mamat dengan penyertaan bersama penyelaras jaringan industri FBKT, Ts Dr Mohd Bashree Kbe, Prof Madya Chm Ts Dr Hakimin Abdullah, Dr Wee Seng Kew, Dr Ezwan Selamat dan Prof Madya Dr Hazim Amini. Delegasi PRIM pula diketuai oleh Dr Roland Ngeow bersama jawatankuasa PRIM yang terdiri daripada pelbagai latar belakang industri.

Perbincangan ini berlangsung dalam keadaan yang sangat baik dan beberapa resolusi bersetuju untuk dilakukan dalam masa terdekat.

FBKT merakamkan jutaan penghargaan buat PRIM di atas kesudian mengadakan perbincangan bersama dalam memastikan hubungan universiti - industri terus diperkukuhkan demi pembangunan negara.

#fbktohsem #OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity #university4society 

Prof Madya ChM Ts Dr Nor Hakimin Abdullah